BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 29, 2010


Cerita Lucu

Seorang ahli perniagaan baru sampai ke sebuah hotel tempat dia akan mengadakan conference. Dia yang baru sahaja berkahwin sangat merindui isterinya. Dia bercadang ingin mengajak isterinye menetap di hotel itu keesokan harinya.
.
Sebaik dia memasuki bilik hotel, dia terkejut dengan keindahan bilik hotel yang disediakan. Lebih terkejut, hotel itu juga menyediakan kemudahan PC dan internet. Tanpa membuang masa, dia terus mengarang sebuah email untuk isteri tersayang.
.
Ketika dia menekan button send, dia tidak sedar alamat email penerima yang ditaip itu salah. Lalu email itu terus menerawang mencari alamat email yang telah tertaip itu.
.
Situasi berasingan...
.
Di Johor Bahru, seorang janda yang baru sahaja kematian suaminye masih bersedih. Tadi baru selesai majlis pengkebumian si suami. Segalanye berjalan lancar. Ramai saudara dan sahabat handai datang memberi penghormatan terakhir.
.
Demi menghargai kehadiran mereka, si janda bercadang untuk mengutus email kepada mereka untuk mengucapkan rasa terima kasih. Dia pun membuka email.
.
Eh, ade isi dalam inbox. Detik hati si janda. Lantas dia pun mengkelik icon inbox untuk membaca isi nye..
.
Si janda meraung2, menjerit, histeria dan pitam....
Ape yang tertera di dalam email itu? Begini bunyinya...
.
"Sayang, abang sudah selamat sampai petang tadi. Terima kasih kerana menguruskan segalanye untuk abang.
.
Tentu sayang terkejut dgn email ni kan? Di sini disedia kan kemudahan internet, jadi abang boleh la berutus khabar dengan sayang selalu.
.
Tempat ini cantik sayang. Segala nye lengkap. Tempatnye luas, sangat cantik. Abang tak sabar nak menunggu kehadiran sayang esok."
.
Hahahahahaha.......


saturday 06/03/2010 1.51pm







PROGRAM GEMPUR PERWIRA

Pada 27/02/2010, aku dan 6 org kwn yg lain telah menjalankan program kepimpinan di SMK Taman Desa Dua di Rawang. kami namakan program ini sebagai Program Gempur Perwira. Program ni tersangat la happening sbb kami dpt pelajar yg sporting dan sangat aktif.. hehe... penat kam melayan mereka semua..tp semuanya berjalan dengan lancar dan alhamdunillah... program kami dpt dijalankan dgn jayanya.. hehe... tq 2 En.Aziz sbb carikan sekolah ini utk kami. dan tq utk Ckg Connie sbb byk bantu kami semasa kami menjayakan program ini. k la, aku x mao tulis panjang2.. sila la tgk gambar2 kami..hehe



antara aktiviti program



Ckg Connie dan PK Hem yg sporting

peserta menjawab soal selidik


Bergambar bersama...say cheese..hehe



Friday 05/03/2010 12.41am






TULANG RUSUK

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti).

Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. SemuaLELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat dia menemukanWANITA untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta di antara satu sama lain. Mereka mula bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITAdan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan...

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.
Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan.

Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat... .

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan.
Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Thursday 04/03/2010 3.40am






KISAH CINTA SEEKOR CICAK

Ini dari sebuah kisah benar dari jepun. Ketika sedang mengubahsuai rumahnya, seorang petani cuba meruntuhkan dindingnya. Rumah Jepun biasanya memiliki ruang kosong antara 2 dinding yang diperbuat dari papan. Bila sebelah dindingnya dibuka, petani tersebut mendapati ada seekor cicak melekat di dinding tersebut kerana kakinya terlekat pada paku. Petani tersebut kasihan dan membuka paku yang memasak kaki cicak itu, seingatnya paku tersebut sudah tertanam selama tiga tahun, sejak rumah itu mula dibina.

Apa sebenarnya terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan selama tiga tahun menanggung kesakitan dan dalam suasana gelap selama itu. Petani itu berfikir sendiri, petani itu berehat sebentar, sambil memikirkan bagaimana cicak itu dapat bertahan selama tiga tahun.

Mungkinkah tanpa teman dan tanpa makanan? Tidak lama kemudian dia melihat seekor cicak lain datang ke tempat itu dengan makanan di mulutnya. Betapa petani itu tersentuh, terharu melihat rupanya ada cicak lain yang menyedari temannya terperangkap dan membantu sedayanya selama tiga tahun.

Begitulah cinta, cinta yang indah. Cinta menjadikan makhluk picisan seperti kita, yang sekecil dua ekor cicak sedar tentang keajaibannya. Atas nama cinta ia tak pernah menyerah atau mengalah. Bayangkan haiwan sekecil itu sanggup melakukan segala yang terbaik untuk satu hati yang disayanginya.

Aku tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu mula terfikir, tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki dan perempuan.Berusahalah semampu kita untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.


JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG KITA KASIHI! Semoga kita semua sungguh menghargai nilainya CINTA & DICINTAI




sunday 21/02/2010 2.03am





TIPS STUDY LAST MINUTE

entri kali ni aku ingin berkongsi sedikit tips iaitu tips belajar 'last minute'.. almaklum la ramai yg suka belajar last minute ni termasuk la diri aku sndri...hehe.. dlu masa aku skolah2 dlu, cikgu2 x bagi stdy last minute... kata die orang kurang berkesan.. tp kata aku plak.. stdy awal2 nnt aku lupa.. haha.. so, t'paksa la aku stdy last minute je... kpd kwn2 yg sama spesis dgn aku... meh aku kongsi sikit tips:-

1) Yakin terhadap kebolehan diri sendiri
sesape yg suka stdy last minute ni kne la yakin dri mereka mampu utk stdy last minute... sbb stdy last minute ni byk cabaran nye.. terutamanya tension.. hehe... kalau anda ni cpt tension so, anda ni bkn la spesis ini...ape2 pon anda perlu tanamkan dlm diri anda yg anda "boleh" lakukan nye... tulis la kata2 semangat & tampalkan di tempat stdy anda. bile anda melihat kata2 semangat tu, anda akan lebih semangat utk belajar....

2) Kurangkan tabiat suka tidur
kalau korang ni nk stdy last minute, korang semua kne sanggup korbankan masa tidur korang... sbb korang suka tidur la korang semua x stdy awal.. btl x?? hehe.. so, kurangkan waktu tidur dan gantikan dgn stdy & buat latihan... sbb byk bab lg korang kne cover...mane leh tdo beb... korang semua jgn risau ek sbb mengikut kajian, kecerdasan berfikir tidak dipengaruhi oleh pengurangan masa tidur... oleh demikian, x yah la korang nk buat alasan yg x leh belajar sbb x cukup tidur...

3) Jgn ambik ubat, minum kafein secara berlebihan
aku nasihat kan pegambilan ubat-ubatan samada yg halal mahupun yg haram x boleh digunakan sama sekali... amaran keras tao.. haha.. penggunaan ubat-ubatan hanya buat korang hilang fokus sbb ubat tu sebenarnya akan mematikan perasaan dan keinginan. minum kafein secara berlebihan juga boleh menyebabkan kesan buruk seperti tangan mengeletar, migrain & hilang tumpuan belajar. kalau korang x tahu ape itu kafein..kafein ni terdapat dlm kopi & nescafe... baik korang minum lobak susu sbb ia akan mencergaskan otak utk berfikir

4) Beri tumpuan lebih kepada bab yg penting
dlm keadaan genting mcm ni... baik korang tumpukan bab2 yg korang rasa masuk exam... yg korang rasa2 x masuk tu, x yah la baca... buang masa je... saat2 mcm ni la kte kne hargai masa.. haha...pilih isi2 penting dan tuliskan sbg nota kecil pas2 korang hafal.. jgn plak korang bwk masuk nota tu masa exam ek.. yg tu aku x ajar... hehe.. bagi aku, baik korang wat latihan drp soalan thn2 lps.... sbb soalan exam salu nye hampir sama dgn soalan thn2 lps....

ini saje la tips yg aku ingin kongsikan... aku harap korang dpt sikit sbyk input dr entri ini... sehingga berjumpa lg... renung2 kan & selamat beramal...(",)


Study bkn studoo...(",)

saturday 20/02/2010 12.50am






Man U menang Besau.... Hahaha

smlm Man U menang besau... selamba je belasah Portsmouth 5-0.. (ye ye je aku ni, mcm tgk je smlm) hehe... skrg Man U dah jd pendahulu liga EPL (happy la dak busyuk 2).. aku bkn nye follow sgt psl bola2 ni.. tp dah boy aku ni fan Man U.. so, aku kena la ambik tao gak pasal Man U..kang nnt die duk citer.. sepatah haram aku x tao.. malu ar beb.. hehe...



P/S : kpd gurl2 yg boy die ni kaki bola... biar la die org dgn bola2 nyer... (",)


Sunday 07/02/2010 8.45pm






SAPE X TGK ADNAN SEMPIT X COOL..(",)

Aku nak citer ckit psl movie yg aku plg suka ni... Tadaaa...Adnan Sempit... movieni adlh movie melayu yg pertama aku g tgk kat cinema...hehe.. sblum ni aku rasa mcm x bbaloi je tgk movie melayu kat cinema..bg aku tgk kat umah sudey... tp adnan sempit telah mgubah segala nye... Adnan sempit mmg best..best glerrr ar.. best tahap dewa.. x tao la mcm ne lg aku nk gmbr kn ke-best-an tgk movie ni.. hehe... aku g tgk movie ni mase 1st day ditayangkan (Pnyer la semangat aku nk tgk citer ni..hehe) mula2 start movie ni aku dah gelak...smpai la abis movie ni... gelak je memanjang.. yg plg aku suka ble Sam @ Adnan ckp " I don't want banana fruit two times"... hahhaha...klakar gler aku rasa...tmbah2 lg dgn muka yg selamba jew.. lakonan Sam pon smakin hebat..n skrg ni aku tgk Sam 2 cam ensem jew..hehe.. Ahmad Idham & Davie Teoh pon hebat gak sbb buleh wat film yg hebat..hehe... kalau nk bg bintang kt film ni.. dr 5 bintang.. aku bg.. erm..mmm... aku bg 10 bintang la..buleh?? haha.. aku enjoy sgt mase tgk movie ni.. kpd org yg bwk aku tgk movie ni.. tq sesgt..hehe.. nnt buleh tgk lg x??




P/S : sesape yg blum tgk lg cite ni.. aku nasihat kn... baik korang g tgk..nnt korang menyesal...hehe...


Saturday 06/02/2010 5.58pm








TIPS KEYAKINAN DIRI

Pertama, tiada siapa berbadan seperti Gisele Bundchen, even kalau Gisele beli magazine
yang ada gambar dia pun dia terkejut badan dia macam itu. Keep that in mind and be
happy.

Kedua, personaliti over physicality! Yang penting personaliti kita harus menarik, tak
guna kalau muka gorgeous badan gorgeous tapi suka cakap pasal cuaca. Kalau suka
sangat cakap pasal cuaca, pergi duduk dekat warung-warung kat Taiping betting hujan
pukul berapa nak turun dengan apek-apek kat situ.

Ketiga, substance! Jangan cakap crap je (macam saya T_T), kenalah berilmiah sekali-
sekala. Bila kita berpengetahuan, orang suka nak dengar what we want to say.
People look up to you, and hang on to your every word. Tambah pengetahuan dengan
membaca yeay! Oh Ema suka baca Yahoo! Featured Articles sebab selalu tertipu dengan
tajuk dia yang catchy T_T

Keempat, jangan pakai selekeh. Kalau orang yang selekeh terlebih confident pun
annoying jugak.

Kelima, confidence is not about being full of yourself okay. Listen to what others have to
say. Dalam banyak-banyak orang yang bersosial dengan saya, saya suka yang jenis bagi
kita jalan nak cakap, ambil pendapat kita dengan serius, tapi still boleh gelak kepada
benda yang patut gelak, sekali pun benda itu bodoh.

Keenam, kalau orang pandang kita, hargai. Jangan takut. Jangan sibuk fikir, "eh mesti
dia tengok hidung aku yang besar nih". Instead go for "hmm dah agak dah buat
selendang/rambut/mekap stylo macam nih, orang akan terpegun." Walaupun hidung
kamu memang besar.

Ketujuh, perihal bentuk badan, kalau tak yakin dengan bentuk badan, cari jenis baju
yang sesuai dan menonjolkan kecantikkan kamu. Stick to it if you have to. Biar sama style
sepanjang zaman dan tak ikut fashion ke apa, janji selesa dan cantik dan beri kamu
keyakinan! YA!

Kelapan, jaga kebersihan, selalu check bahu kot-kot ada kelemumur.
Beli Head & Shoulders, pakai kat rambut ngan bahu sekali. Check kot2 nafas berbau.
Check kot2 bulu telinga perlu trim (ni laki je kan? Dan kucing).

Kesembilan, takyah nak please/puaskan hati semua orang. The truth is,

"Kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun tak suka semua orang. Kan? Kan? Kan???"

Okay pastu selalu ingatkan diri sendiri yang kita ni cute. Eh tak tak. Itu perasan.

Whatever it is, just be true to yourself and jangan body concious sangat. Nobody is
perfect, even Barbie pun ada basikal untuk dia jaga bentuk badan (-_-")

Friday 05/02/2010 10.09pm







WAA...MAMI DAH ADER FACEBOOK...HEHE

Td mase aku duk edit2 blog ni... tetibe aku dpt msg yg menyatakan 'Rosinie Nordin add you as a fren'... aku terkejut gak sbb aku amat mengenali nama tersebut.. tanpa membuang masa lg, aku terus sign in FB... bila aku check friend request, ternyata benar semua sangkaan ku... MAMI KU PON DAH ADER FB... nmpk ny, aku dah x leh macam2 dlm FB... nnt mami tao..terpaksa la hide ape yg ptt...hehe... (",)

Thursday 04/02/2010 12.47am







MENGHITUNG HARI...(",)

aku kini menghitung hari nk g melaka...hehe.. yeey..yeey..yeey.. nk g melaka.. ermm.. x sabau la plak.. adess, ada seminggu lg ni.. lambat nyer hari berlalu... ehee... (",)

Sunday 31/01/2010 12.22am






SEPI DUNIA.....

huhu...mlm ni sebahagian besar kwn2 rumah ku x de kat umah.. ada yg blk kmpung, ada yang gi jmpa bf... huhu... hnya aku,erin & ina saje yg ada kat umah... uwaaaaaaaaaaa.....sob sob sob... dunia ku terasa sepi...kosong... ades, jiwang la plak...hehe.. bkn ape, sbnar nye aku rase boring gilerr... x de sape nk layan aku... kalau yana, emi, mami & nuyui ada....boleh la bergumbira... skrg ni mcm x cukup kaki je nk berjimba...hehe... mlm ni aku terpaksa tdo sowang2... roomate aku gi johor.. biasa la...cuti2 cam ni..mne nk lekat kat umah...hehe...nuyui plak ikut mami blk kmpung... mami nk celebrate birthday umi die... Happy Birthday Umi.. kepada emi, yana, mami & nuyui...balik la cpt... aku dah windu sama kamu... huhu... sekian saje utk kali ini..sehingga berjumpa lg..bubye... (",)

Friday 29/01/2010 10.27pm









MAJLIS PELANTIKAN RAKAN EXCO UKLK....

Aku, emi, yna, mami, nuyui, erin & ina telah dilantik sbg RE UKLK... eheee... bangga la plak...ye la..bkn senang nk jd RE ni..tp Alhamdunillah kami terpilih untuk menjadi RE Unit PDI... Ermm... majlis ni dibuat di Auditorium Utama. Majlis ini diadakan selain untuk pelantikan RE, ia juga dibuat untuk merapatkan hubungan JMKLK dgn RE... Pada majlis tersebut, baru la aku kenal siapa Pengetua dan Felo2 UKLK. Sebelum ni, aku x ambik pot pun tentang hal ni...huhu.. tapi best arr majlis ni.. En.Samsudin (pengetua uklk) pon peramah... ape2 pon aku happy sgt walaupun aku demam...hehe.. k la, bubye (",)

Thursday 28/01/2010 11.31pm











ABOUT ME, MYSELF & I....ehee...

urmmm... sejak kecil sehigga la besar...aku dikenali dengan nama 'Ema'....tapi nama saintifik aku ialah Nurul Akmarina bt Ahmad Razukee...ehee... Aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Aku ni anak ke-2 drpd 3 org adik-beradik... Semua adik-beradik aku perempuan. Semasa aku sedang menaip ni, umur ku telah mencecah 23 thn... huhu... Skrg aku masih belajar di UPSI dalam jurusanBimbingan & Kaunseling. Makna nye disini...aku akan menjadi seorangKaunselor... Kaunselor??? urmmm...mcm x pecaya laa... haha... tapi x pe.. walaupun dulu aku x pernah terpikir nk jd seorang kaunselor... tapi setelah hampir 6 semester aku belajar, aku semakin meminati bidang ini... aku dapat rasakan yg aku dengan kaunseling tidak dapat dipisahkan lg...cewaahhh....hehe... Aku berharap suatu hari nnt aku akan menjadi seorang kaunselor yg cemerlang, gemilang & terbilang... Insyaallah... k la, smpai disini saje yg ingin aku kongsi kan... sampai ketemu lg ya... Bubye... (",)


ni la aku...hehe (",)






MY FIRST POST

yahoooo...akhirnya tercipta jgk blog aku ni...hehe.. dah lama aku bercita-cita nk ada blog.. tp segala nyer menjadi kenyataan bile kami diberi assgement oleh En.Aziz... aku rase la...kalau la En.Aziz x bg assgment ni, agak-agak nye smpai biler2 la aku x de blog sendiri...huhu.. anyway, thanks ya En.Aziz... aku pon nk tima kacih gak kat ina sbb die yg tolong aku wat blog ni...hihi.. aku pon bkn nye tao sgt nk gune blog ni.. tp x pe.. nnt aku stdy btl2.. smpai aku pandai gune bnda ni... k la, bubye... see ya... (",)